Sekadar ingin berkongsi dengan anda
semua, atas pengalaman saya yang sedikit ini yang telah berkhidmat lebih 20
tahun di dalam isu-isu pengurusan organisasi dan pembangunan spiritual yang
melibatkan organisasi kerajaan dan swasta. Selalunya masalah-masalah yang
dikongsikan kepada saya adalah masalah antara golongan pengurusan tertinggi,
pihak pentadbiran, pengurusan dan juga kakitangan sokongan adalah seperti
berikut:
Sistem pengurusan yang sering berubah
Sistem pengurusan perlu dikuasai oleh
setiap pekerja bagi mendapatkan pengurusan yang efisien dan produktif. Andai
sistem pengurusan bagi organisasi tersebut sering mengalami perubahan,
kakitangan akan mengalami tekanan kerja kerana tidak memahami konsep dan bidang
kuasa kerja dengan tepat dan jelas. Sudah pasti kerja akan dilakukan dalam
keadaan bercelaru dan tidak tahu kepada siapa untuk dirujuk.
Ini gagal atau sering berlaku kerana
kita gagal merancang dan melaksanakan satu perubahan itu tanpa memikir hanya
kerana megikut arahan pihak atasan. Segala moral dan akhlak ditolak ketepi,
demi mengipas atau “yes boss” atau “betulah boss”. Pentadbiran urus korporat
tidak digunapakai.
Komunikasi ‘break down’
Ini adalah antara ranking tertinggi
masalah yang sering berlaku di organisasi. Ada beberapa sebab berlaku masalah
ini. Antaranya pihak atasan terlalu ‘bossy’ dengan kakitangan mereka. Mereka
tidak mengendahkan masalah yang berlaku di peringkat bawahan, tidak ‘briefing
tugasan’ dengan baik, dan banyak memberikan arahan. Peratus tertinggi ialah pihak
atasan hanya memberikan arahan kepada pekerja bawahan. Bayangkan apabila
komunikasi tidak berkesan bagaimana pengurusan di organisasi tersebut? Anda
sendiri tentu dapat bayangkan.
Cuba keluar dari bilik yang selesa dan
turun ke bahagian operasi untuk mengetahui rungutan serta luahan rasa
kakitangan. Adakalanya rungutan itu adalah satu cadangan yang boleh diterima
pakai. Hanya mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang itu mengetahui isu yang
sebenarnya.
Posisi kerja dan kelayakan jauh
berbeza
Antara rungutan yang sering diajukan
kepada saya ramai staf yang tidak dapat menguasai bidang kerja mereka dengan
baik. Cuba bayangkan anda berpotensi dalam bidang IT tetapi diletakkan dalam
pengurusan kewangan. Bagaimana anda ingin menjalankan kerja anda? Saya tidak
mengatakan itu adalah mustahil untuk dilakukan. Cuma jika tidak ada penerangan
bidang kerja dengan jelas pasti akan memberikan tekanan pada staf tersebut.
Contoh yang lain, kapasiti kakaitangan
itu hanya mampu melaksanakan kerja sebagai seorang kerani tetapi
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja seorang eksekutif. Bagi
individu tidak yang mengerti tentang tanggungjwab jawatan tersebut diterima
sebagai tanda megah tetapi outputnya masih sama seperti yang diberikan oleh
seorang kerani. Apabila kakitangfan tersebut gagal melaksanakan tugasnya
sebagai seorang eksekutif, kita begitu mudah menyalahkannya.Kita sebenarnya
telah menganayaikan individu tersebut.
Kurang mendapat pendedahan dan kursus
Kerja adalah satu cara menuntut output
dari anda. Tetapi jika bertahun-tahun output dituntut dari seorang pekerja
sedangkan dia kurang mendapat input, bagaimana situasi kerjanya? Pasti anda
akan stres, kurang mahir dan juga hilang motivasi untuk melakukan kerja setiap
hari. Ramai yang mengadukan hal ini kepada saya. Ada organisasi yang tidak
dapat menguruskan latihan untuk staf mereka dengan baik sehinggakan ada yang
bekerja 10 tahun belum pernah menghadiri kursus-kursus kemahiran kerja dan
motivasi pembangunan diri.
Pengurusan secara “little napolean”
Dalam konsep lain ialah “little
napolean” ialah “gila kuasa”, dimana beberapa indivisu mengadakan undang-undang
kecil tersendiri didalam melaksanakan tugas dan menindaskan kakitangan bahagian
yang lain atau bawahan. Situasi “syok sendiri” ini perlulah dihakiskan dan
tentukan hanya arahan-arahan rasmi sahaja dikuatkuasakan.
Ataupun jika ingin mengeluarkan arahan
atau teguran buatlah secara “formal” iaitu bertulis agar keputusan atau arahan
tersebut boleh dirujuk dengan rasmi kepada pihak yang lebih tinggi atau
bertanggungjawab.
Pengurusan secara ugutan atau
ketakutan (management by fear)
Kakitangan ditakutkan dengan ugutan
atau amaran yang bersifat menindas dan tidak amanah. Ini juga akan menimbulkan
rasa tidak puas hati dan seterusnya mempengaruhi produktiviti syarikat.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete