About Me

My photo
Received my early education at the Rifle Range Road (2) Primary School, Kuala Lumpur. Attended junior high school at Raja Abdullah Secondary School, Kuala Lumpur and high school at Technical Institute, Kuala Lumpur. Further study at Mara Institute of Technology (ITM), Shah Alam, Selangor and obtained Certificate in Town and Regional Planning and Diploma in Quantity Surveying. Continued study in Mara University of Technology (UiTM) and obtained Bachelor of Quantity Surveying (Honours). I am a skilled commercial manager with extensive background in-and thorough knowledge of- development, construction, maintenance and construction contracts. Also having knowledge and experience in project, facilities and property management. Experienced in developing and implementing competitive cost planning, project budgeting, cost controlling and development appraisal. Exceptional organizational, analytic and managerial skills. Career as Commercial Expert till now.

Tuesday 16 December 2014

Kisah Dua Adik Beradik Penipu....

Pada satu masa dahulu yang tidak diketahui bila adalah tinggal satu keluarga yang terdiri daripada tiga orang, bapa dan dua anak lelakinya yang selalu saja rileks kerjanya. Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong, malah boleh kata macam hobi pula. Sehari kalau tidak menipu memang terasa tak lengkap hidup.

Memang tidak lalu makanlah.

Maka pada satuhari, ditakdirkan bapa mereka terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba saja. Maka beritahulah si Abang kepada adikknya.

"Don pergilah bagi tau kat Imam dan orang-orang kampong berita sedih ini, untung-untung ada orang boleh tolong uruskan jenazah ini... Yeop tak boleh pergi sebab kaki Yeop sakit... "

Si Adik yang memang tahu Abang dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi. Setelah berita itu di sampaikan kepada orang kampong maka tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan itu. Mana tidaknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar. Maka pulanglah si Adik dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si Abang.

Si Abang dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara.

"Yeop ingat sudah sampai masanya kita berubah... tak boleh menipu lagilah. Pagi esok Don ikut Yeop, kita pergi kelubuk kat hujung kampong sana, Yeop semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yang nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh kedalam lubuk. Camna?"

Si Adik hanya mengangguk sahaja kerana tiadalah ia mampu menandingi “skill” menipu Abangnya yang memang luarbiasa itu.

Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri seperti yang dirancang. Setelah sampai berkata si Abang dalam hatinya.

"Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni... " Lalu dia bersuara,"Don (nama adik dia ler)... kau terjun dulu biar Yeop berkawal, kat sini memang keras, orang berpengalaman macam Yeop jer yang boleh mengawal keadaan dan keselamatan dengan baik".

Si Adik tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si Abang menunggu. Seminit... Dua minit... tiga minit... Si Abang mengeluh. "Dah mati kebudak ni?. Lama betul... "
Pada masa yang sama sebenarnya si Adik sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia Berjaya lalu timbul di permukaan air.

"Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanyasi Abang kehairanan.
"Huh, mau nya tak lama Yoep, kat bawah tu macam-macam ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan. Semuanya “free” belaka. Ada nasi goreng, roti canai, “Kenny Rogers” dan macam-macam lagi. Kalau tak teringatkan Yeop sorang-sorang kat sini Don ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas Adiknya dengan penuh penghayatan.

Cerita si Adik tadi telah menyebabkan asid hidroklorikdi dalam perutsi Abang tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si Abang. Dush... si Abang tadi terjun ke dalam lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali.

Si Adik bertanya,"Yoep, apa yang telah berlaku?"
Si Abang dengan selamba menjawab"Tu la Don, lain kali kalau nak makan bayar laa..tak pasal-pasal Yeop kena belasah sebab Don makan dan minum pas tu tak bayar... "
Apakah moral cerita di atas?