About Me

My photo
Received my early education at the Rifle Range Road (2) Primary School, Kuala Lumpur. Attended junior high school at Raja Abdullah Secondary School, Kuala Lumpur and high school at Technical Institute, Kuala Lumpur. Further study at Mara Institute of Technology (ITM), Shah Alam, Selangor and obtained Certificate in Town and Regional Planning and Diploma in Quantity Surveying. Continued study in Mara University of Technology (UiTM) and obtained Bachelor of Quantity Surveying (Honours). I am a skilled commercial manager with extensive background in-and thorough knowledge of- development, construction, maintenance and construction contracts. Also having knowledge and experience in project, facilities and property management. Experienced in developing and implementing competitive cost planning, project budgeting, cost controlling and development appraisal. Exceptional organizational, analytic and managerial skills. Career as Commercial Expert till now.

Monday 5 April 2010

Sifat Durian Tempatan Malaysia (Bukan Durian Thailand) dalam Konsep Integriti

Alangkah baiknya jika pohon durian itu berbuah lebat, buah-buahnya tidak rosak dan isinya dapat dinikmati oleh semua. Jika tidak berbuah pun, alangkah baiknya jika dedaunan hijau yang merendang menjadi tempat berteduh anak-anak daripada terik mentari , redup cahaya membangkitkan nostalgia keanak-anakan.

Dan, alangkah baiknya jika semua manusia tahu bahawa pohon durian itu amat sensitif sifatnya. Sedikit akar terluka, makan tahun rajuk tidak berbunga. Andai berbunga pun, seminggu dua kudup mula berkembang pasti layu gugur ke bumi kerana rosak akarnya penyebab rosak kudupnya. Andai lekat sebiji dua buahnya, pasti mangkal, buruk dan kurang rasa enaknya.

Jika pohon durian itu berbuah lebat, jangan digoyong, dipanjat atau dijolok untuk menjatuhkan buah-buah itu sudah tentunya isinya belum masak dan tidak dapat dinikmati. Lebih bahaya lagi jika buah-buah durian itu gugur menimpa kepala kita atau kita terjatuh, terpaksalah ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

Biarlah buah-buah durian itu gugur dengan sendirinya, sudah tentu isinya sudah cukup masak untuk dijamah dan jika dipelawa oleh empunya pokok, jemputlah sama-sama menjamah hasil buah durian yang mana pokoknya dibaja, dijaga dengan penuh keilkhlasan, rasa tanggungjawab serta berintegriti.

Mengukuh Amalan Integriti Dalam Perkerjaan

Sesungguhnya matlamat utama Allah s.w.t mencipta manusia hidup di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada-Nya, di samping diberi tanggungjawab dan amanah untuk memakmurkan bumi ini mengikut acuan dan panduan yang telah ditetapkan . Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mendapat apa-apa faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan oleh manusia melainkan semua amalan tersebut kembali untuk diri mereka sendiri .

Perkara ini Jelas dinyatakan didalam Al-Quran surah al-Zhariyat ayat : 56 - 58

Maksud : " dan ( ingatlah ) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesunggunhya Allah dialah sahaja yang memberi rezeki ( kepada sekalian makhluk-nya dan dialah sahaja ) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya . "

Sesungguhnya agama Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kesejahteraan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara . Islam melarang dan memandang reandah kepada orang yang malas bekerja dan hanya bergantung nasib kepada pertolongan orang lain .

Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri menilai kerja-kerja yang telah kita lakukan selama ini . Adakah kerja yang kita lakukan itu bertepatan dengan kehendak ajaran Islam dan dikira sebagai amal ibadah serta amal Saleh di sisi Allah s.w.t., Sesungguhnya amat malang dan rugi sekali sekiranya apa yang kita lakukan selama ini tidak mendapat apa-apa balasan dari Allah s.w.t..

Dalam Islam ibadah tidak hanya terbatas kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan oleh manusia dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai ibadah serta mendapat pahala .

Kerana itu, Islam sangat menitikberatkan unsur kecemerlangan dan kualiti dalam sesuatu pekerjaan. Pekerja yang cemerlang merupakan aset yang bernilai dan membawa imej yang baik kepada sesebuah organisasi . Antara ciri-ciri pekerja yang cemerlang ialah rajin, tekun, berdisiplin, amanah sabar , penyayang, bertanggungjawab, dan sebagainya . bukanlah dikatakan pekerja yang cemerlang sekiranya melakukan tugas secara sambil lewa, cuai, tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan dan sebagainya . Lebih-lebih lagi mereka yang bersikap suka membuang masa, menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak menyimpan rahsia, pecah amanah, melakukan rasuah dan sebagainya . Ini semua melambangkan sikap pekerja yang tidak berintegriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan

Sehubungan itu, kita perlu mengukuhkan amalan integriti dan nilai-nilai murni dalam pekerjaan sepanjang masa . Dimana setiap pekerja perlu menangkis gejala-gejala negatif dalam pekerjaan baik dalam sector kerajaan mahupun sektor swasta .

Sekiranya seseorang itu mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada-nya sedangkan ia menerima ganjaran ( upah ) seperti orang lain, ini bermakna beliau mendapat sumber pendapatan dari kegiatan tidak halal dan sengaja mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Sabda Baginda ( s.a.w.)

" كُلُّ لَحْمٍ نَّبَتَ مِنْ حَرَامٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ "

Yang bermaksud : " Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempatnya " .

( Rawahu Al-Tirmizi )

Pekerja Islam adalah pekerja yang saling bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain dalam erti kata bekerja sebagai satu pasukan ( Team Work ) dan bersaing dalam suasana yang dibenarkan oleh syara . Islam melarang sama sekali sikap suka memburuk-buruk atau menjatuhkan sesama sendiri bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu atau mempunyai sifat dengki, iri hati , tamak, khianat, rasuah dan sebagainya . Sifat ini sekiranya tidak dibendung, ianya boleh diibaratkan sebagai duri dalam daging dan akhirnya akan merugikan majikan dan diri sendiri, bahkan anak-anak dan keluarga juga turutmerasainya.

Cuba kita perhatikan suasana ditempat kerja kita seharian, telah mula ujud dan terdapat segelintir pekerja yang hanya bekerja dengan mementingkan diri sendiri dan mengaibaikan nilai-nilai murni dalam pekerjaan mereka, akhirnya menyusahkan orang lain akibat dari sikap tersebut . Dan yang paling ditakuti sikap seumpama ini, sesetengahnya diikuti oleh orang lain dan ianya menjadi seakan-akan satu budaya dalam pekerjaan .

Tidak ketinggalan juga, terdapat segelintir pekerja disektor swasta atau bekerja sendiri atau pengusaha yang terlalu mementing diri sendiri dan keuntungan semata-mata tanpa sedikit pun ada perasaan prihatin atau mahu membantu orang lain dan menunaikan tanggungjawab sosial. Sebagai contoh dalam suasana kita mengahadapi kenaikan harga bahan baker, pihak kerajaan telah meminta kepada semua pengusaha pengusaha dan Peniaga-peniaga agar tidak menaikkan harga barangan atau apa-apa bayaran perkhidmatan tambahan dengan sewenangnya. Tetapi sebaliknya didapati ada yang melanggar permintaan tersebut . Perbuatan ini boleh diumpamakan sebagai menanguk diair keruh, menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri disebabkan dorong perasaan tamak dan ingin cepat kaya .

Sikap seumpama ini, bukan sahaja merugikan pada diri sendiri tetapi kepada semua, lebih-lebih lagi pada negara . Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha untukmengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas seharian dengan bekerja penuh rasa tanggungjawab dan amanah, di samping menjauhkan diri kita dari sifat-sifat yang negatif seperti :-

  1. Suka menyalahkan orang lain dan beranggapan kitalah sahaja yang betul dalam semua keadaan .
  2. Menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja persendirian
  3. Melakukan pembaziran dan berbual-bual kosong sesama rakan sekerja .
  4. Suka menonjolkan diri, berbanding sumbangan yang diberikan terlalu kecil . ini akan melahirkan kesan yang lebih borok lagi iaitu berlakunya permusuhan dan fitnah .

Apa yang penting tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah s.w.t. dengan demikian akan wujudlah nilai keberkatan yang sebenar dalam setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan seharian . Maka kita perlulah sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’ seperti:-

  1. Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh .
  2. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan .
  3. Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti .